skip to main
|
skip to sidebar
Zaman kanak-kanak.
Zaman kanak-2 memang happy kan? Banyak kenangan indah yang kita lakar. Zaman kanak-2 zaty memang banyak bersama sepupu-2 dan abang zaty lah sebab masa tu zaty belum ada adik. Zaty jarak dengan adik zaty 10 tahun, lama kan? Lagipun zaty ni sorang je anak perempuan dalam keluarga ni so agak bosan, takkan nak ajak abang zaty main masak-2 pulak. Sebab tu lah zaty main macam lelaki sikit tambah pulak sepupu yang paling rapat zaty ni perempuan tapi perangai macam jantan.
Oke meh nak cerita zaman kanak-2 ribena. Biasanya zaty memang suka balik Rhu Muda, Marang iaitu rumah sepupu zaty tu. Asal balik zaty suka panjat pokok yang hampir dengan rumah dia tu, kalau tak salah zaty tu pokok asam jawa rasanya. Panjat punye panjat sampai la kat atas, time nak turun panggil abang zaty sebab zaty ni pandai panjat je, turunnya tak pandai, haha.
Kampung sepupu zaty tu kerap banjir. Ada satu masa tu zaty ikut la dia pergi main air banjir. Kawasan sekitar tu sedikit berpaya la, zaty masa tu kecik lagi so tak tahu menahu lah. Sepupu zaty bawak basikal. Dia beritahu zaty masa dia balik rumah lepas main air kat situ dia tengok ada lintah kat kaki, zaty pun apa lagi, melompat duduk atas basikal. Sampai sekarang zaty tak pergi main air kat situ, errr.
Yang ni pun kat kampung sepupu zaty. Malam-2 pun still gatal nak pergi jalan-2. Zaty lalu dekat padang yang tak berapa macam padang sebab ada pokok. Zaty jalan tapi mata tak tengok ke depan, mata tengok kat handphone. Jalan punya jalan Gedebushh**, benjol kepale ni haa langgar pokok kelapa. Macam orang mabuk kejap zaty masa tu. Sepupu zaty apa lagi mengilai macam pontianak hilang anak. Kurang asam punya sepupu --' So pengajaran kat sini jangan jalan-2 sambil mata tengok handphone, langgar pokok takpe jangan langgar makhluk halus sudah maksud zaty nyamuk ke hape ke.
Yang ni pulak kat rumah zaty, kat rumah zaty ada satu longkang besar yang menghubungkan sungai buaya kot. Masa tu zaty main badminton pastu bulu tangkis jatuh la kt longkang tu, jatuh kat tepi so tak hanyut lah. Sepupu zaty ajak zaty turun untuk ambil bulu tangkis tu. So kitorang pun turun lah, ,lepas ambil bola jalan-2 dulu kan. Time nak balik rumah zaty tak boleh nak naik, uwwaaa. Kaki tak sampai lah sebab kecik lagi kan masa tu sekarang pun kecik lagi Nak menangis rasa, nasib baik abang zaty lalu kat situ, dia tolong angkat, hee ~ Baik abang zaty kan, selalu dia tolong adek dia yang nakal ni, haha :D
Sekian sahaja zaman kanak-kanak tu, sebenarnya banyak lagi tapi takkan nak tulis semua. Nanti juling pulak mata korang duk membaca cerita zaty yang tak seberapa ni. Oke lah zaty mengundur diri dulu ye, bubbye semua :)
♥ Terima kasih sudi baca. Like and comment la sekali. ♥
Post a Comment
0 budak hensem/cute di sini :