Thank you for drop by : Follow | Dashboard

Want this! ;)

Penulis : ZatyAnuar Masa : 2:08 PM Comments : 1 Labels :
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Harap-2 la boleh dapat, gile lawa henset nim. Kalau aku yang pakai memang ohsemm lah, tak sabar nak jadi hak milik aku ni. Mak aku kate nak belikan, InsyaAllah ;)
 

♥ Terima kasih sudi baca. Like and comment la sekali. ♥

Doa Awal Tahun

Penulis : ZatyAnuar Masa : 9:09 PM Comments : 0 Labels :
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

♥ Terima kasih sudi baca. Like and comment la sekali. ♥

Daily life.

Penulis : ZatyAnuar Masa : 5:32 PM Comments : 0 Labels :



♥ Terima kasih sudi baca. Like and comment la sekali. ♥

Perkhemahan Kadet Bomba Per. Neg. Terengganu

Penulis : ZatyAnuar Masa : 6:38 PM Comments : 1 Labels :
Assalalamualaikum

Hari tu aku pergi kem bomba peringkat daerah kan, yang tu aku dah cerita. Yang ni sambungannya pulak, Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Negeri Terengganu 2012. Daerah Dungun tak berjaya ke peringkat kebangsaan, ape-ape pon aku doakan daerah Setiu mampu buat terbaik untuk naikkan nama Terengganu, Aminn.

Daerah Dungun banyak la jugak menangnya, tempat kedua dan ketiga je la, tu pon da cukup memadai. Jurulatih cakap kawad kaki perempuan mampu menang nombor dua tapi disebabkan leader tak lapor masa kawad so kami gagal. Kawad kaki kami dah cukup terbaik. Redha je la walaupun ada jugak perasaan marah ke leader, tahun depan kami akan cuba yang terbaik untuk daerah Dungun, chaiyokk chaiyokk. Hahahaha :D Setakat ni saja lah, takde idea nak menulis. Jenguk-2 je la gambar kat bawah ni okay :)

Platun perempuan

Platun lelaki

♥ Terima kasih sudi baca. Like and comment la sekali. ♥

Kem Bomba di Kuala Jengai

Penulis : ZatyAnuar Masa : 11:19 PM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum
Kem kat Kuala Jengai or singkatannya KJ is da best, kem tu berlangsung selama 5 hari 4 malam. Mula-mula sampai memang tak best sebab jadual penuh dengan latihan kawad dari pagi sampai la ke petang. Muka aku dah hitam sebab selalu main panas tapi taklah hitam macam negro en ^^ Baru balik aku dah rindu semua jurulatih kat sana, Cik Di, Cik Su, Cik Aziz, Cik Ariffin, Cik Kimi, Cik Madi. Diorang semua baik walaupun muka diorang garang. Rindu kawan-kawan sebilik jugak, Kak Ain, Kak Su, Kak Nik, Kak Rabiatul, Umi, Mimi, ada lagi tapi terlupa nama la pulak -.- Latihan kawad dah selesai so sekarang untuk pertandingan kawad peringkat negeri, doakan team aku berjaya menjadi juara. Harap-2 dapat membalas jasa jurulatih yang mengajar, diorang cakap tak dapat tempat pertama pun takpe, dapat JUARA jadi dah :D . Kat bawah ni aku sertakan gambar semasa kem tu :)

Kitorang berpisah hari ni tapi jumaat ni kitorang jumpa balik untuk perkhemahan peringkat negeri pulak, harap-harap semua encik jurulatih ade :) Setakat ni sajalah, nanti ada update pasal perkehemahan pulak yerr. Bubbye semua :D
p/s : aku dah rindu my only one as known as my hubby so so so much, lame dh kott tak jumpa :(
English saya tak betul kot .

♥ Terima kasih sudi baca. Like and comment la sekali. ♥

Hawa dijadikan disaat Adam tidur.

Penulis : ZatyAnuar Masa : 7:41 PM Comments : 6 Labels :
Assalamualaikum :)
Pernahkah korang tertanya-tanya mengapa Hawa dijadikan oleh ALLAH S.W.T di saat Adam a.s tidur? Jawapannya seorang lelaki apabila kesakitan, maka dia akan membenci, manakala wanita sebaliknya.


Bagi wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari tulang sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam pada saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan kesakitan dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan anak dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi qalbu (hati nurani). Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, "jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta-merta, maka dia akan mematahkannya." Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf.

Dan wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.

♥ Terima kasih sudi baca. Like and comment la sekali. ♥

Contest Blog Paling Kemas

Penulis : ZatyAnuar Masa : 3:53 PM Comments : 3 Labels :

Assalamualaikum :)
Tekan banner atau >SINI< untuk join :)

♥ Terima kasih sudi baca. Like and comment la sekali. ♥

Aku masih konfius --'

Penulis : ZatyAnuar Masa : 5:26 PM Comments : 17 Labels :
Assalamualaikum. Tahu tak apa yang aku konfius, konfius apa aliran yang aku nak pilih. Sekarang aku belajar dekat kelas Sains Tulen sebab aku dapat 8A, masalah sekarang aku tak minat Sains Tulen dan aku yakin tanpa minat aku tak mampu nak bawak Kimia, Fizik, Biologi. Sains menengah rendah pun aku tak mampu walaupun aku dapat A dalam PMR, tu mungkin markah peka membantu. Sains Tulen lagi aku tak pandai en, aku bukan tak yakin kat diri sendiri tapi Sains tu pom bukan minat aku. Aku lebih menjurus ke arah Akaun sebab aku nak jadi Akauntan, nak kerja dengan Bank HEHE ;)

Aku ada baca panduan nak ambil aliran.
  • Lihat keputusan peperiksaan. 
  • Kecemerlangan mereka dalam subjek-subjek tertentu menjadi penanda minat dan kelebihan mereka pada subjek-subjek tersebut, berbanding dengan yang lain. Tengok kalau matematik dapat A, kebarangkalian untuk bijak dalam aliran perdagangan.
  • Perhatikan minat dan kecenderungan mereka.
  •  Setiap individu adalah unik dan istimewa, masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri, ini tergambar dari lahiriah mereka. Aliran yang tepat dapat membantu mereka menggilap bakat dan kelebihan mereka.
  • Berbincang hati ke hati dengan mereka.
  •  “Abang/kakak nak jadi apa bila besar nanti?” Biarkan mereka bercerita tentang impian dan cita-cita mereka, kita boleh membimbing dengan pertanyaan-pertanyaan yang objektif.
  • Berjumpa dengan Kaunselor sekolah.
  •  Guru kaunselor, dan yang telah berjaya macam zikrihusaini (haha perasan) kenal akan anak-anak murid sekolah tersebut, beliau merupakan sumber yang baik untuk mendapatkan pendapat.
  • Berjumpa dengan ahli profesional.
  •  Jika anak-anak sudah mempunyai cita-cita, yang spesifik contohnya, doktor. Aturkan masa yang bersesuaian dengan seorang doktor yang boleh memberi gambaran tentang profesinya, agar anak-anak mendapat gambaran yang jelas, adakah ini jenis pekerjaan yang diminatinya?
  • Beristikharah.
  •  “Tidak rugi orang yang bermesyuarat, tidak menyesal orang yang beristikharah.”
Ramai orang cakap ambil Akaun susah nak dapat kerja sebab banyak saingan berbanding Sains Tulen tapi rezeki tu semua terletak kat tangan Allah tak kira aliran apa kita ambil. Mungkin apa yang aku nak pilih dah betul dengan matlamat aku. InsyaAllah aku akan ambil akaun kalau takde sebarang halangan. Aku yakin aku boleh berjaya dengan apa yang aku pilih berdasarkan minat dan matlamat aku. InsyaAllah aku boleh berjaya dengan berdiri atas kaki aku sendiri :) Peace no war HEHE, bubbye ! Sebarang pendapat bolehlah komen kat sini, aku pun perlukan pendapat orang ramai jugak ;)

♥ Terima kasih sudi baca. Like and comment la sekali. ♥

Tutorial Letak Iklan Churpchurp

Penulis : ZatyAnuar Masa : 11:23 PM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum :)
Tutorial ni di-requestkan oleh Sarah :) Sebelum baca tuto nim, klik la iklan Churpchurp zaty dulu ekk. Hehe

1. Dashboard > Design > Add a Gadget > Html/Javascript
2. Copy and pastekan code kat bawah nim dalam kotak tu ye
<fieldset style="border:1px dashed #F7819F; width:580; border:1px dashed #F7819F; border-top-left-radius: 5px 5px; border-top-right-radius: 5px 5px; border-bottom-left-radius: 5px 5px; border-bottom-right-radius: 5px 5px;"><center>AYAT KORANG</center><center><a href="URL IKLAN" target="_blank"><img src="URL GAMBAR" width="80" height="84" /></a>
<a href="URL IKLAN" target="_blank"><img src="URL GAMBAR" width="80" height="84" /></a></center></fieldset>
URL IKLAN :  URL iklan Churpchurp korang
URL GAMBAR : Gambar iklan korang. Korang pergi kat gambar iklan korang tu, korang right click and 'Copy image URL'
// kalau tak faham tengok gambar kat bawah yerr \\
Kalau nak letak iklan banyak-2, korang just tambah code kat bawah ni selepas code </a>
<a href="URL IKLAN" target="_blank"><img src="URL GAMBAR" width="80" height="84" /></a>
3. Preview dulu. Kalau takde pape sila la Save yerr. Bubbye :)


♥ Terima kasih sudi baca. Like and comment la sekali. ♥

Mega Giveaway to U by |Cik AZ & Fahmi Mahat|

Penulis : ZatyAnuar Masa : 2:00 PM Comments : 2 Labels :
Assalamualaikum :)
Untuk join klik >SINI<
Para sponsor untuk giveaway ni :)

♥ Terima kasih sudi baca. Like and comment la sekali. ♥