Tengok title pasti korang dah tahu apa zaty nak bincangkan hari ini. Jangan sebab korang ada BF/GF atau pasangan lah korang lupakan kawan korang. Zaty pon ada boyfriend tapi kawan zaty tetap dalam kepala hotak zaty ni. Kawan orang yang rapat dengan kita selain keluarga kita tau. Dengan kawan senang je kita nak mintak tolong, kalau dengan pasangan maybe agak susah because tak sejenis, bukan semua perkara jugak kita boleh kongsi kan?
Tidak dapat dinafikan bahawa korang pasti akan melupakan atau meminggirkan kawan korang jika korang dah ada pasangan tapi bukan semua macam itu okay. Buktinya zaty, zaty tak macam tu, kawan zaty pun tak macam itu. Sehensem mana pon BF korang, secantik mana pon GF korang, kawan penting jugak. Dengan kawan kita boleh gelak tawa, tangis duka, minta bantuan. Dengan pasangan kita boleh luahkan perasaan, kongsi cinta. In a nutshell #bukan dalam kulit kacang oke, both of them are important !
Zaty paling tak suka bila kawan tu dah ada pasangan, kita langsung tak nampak batang hidung dia apatah lagi taik hidung dia sebab dia asyik berkepit 24 jam dengan pasangan dia. Kawan dia ni manusia halimunan ke hape sampai dia tak endah. Kalau zaty lah manusia halimunan tu kan, nak je zaty angkat dia sekali dengan pasangan dia sekali humban dalam laut dalam. Biarlah korang dapat merasai bagaimananya cinta sehidup SEMATI !
So, pandai-pandai lah korang bersikap adil dengan kawan korang dan juga pasangan korang. Jagalah hati kedua-duanya oke? Korang manusia kan, ada otak kan, dah tentu ada akal fikiran kan so LU PIKIR LA SENDIRI ! Zaty undur diri dulu, kalau ada sesiapa rasa yang diorang mementingkan pasangan dari kawan, ubahlah sikap tu okay? Bubbye :)
Post a Comment
0 budak hensem/cute di sini :